SHAH ALAM – Sebanyak 192 kawasan melibatkan daerah Petaling dan Kuala Langat masih belum menerima sebarang pemulihan air setakat pukul 12 tengah hari tadi.
Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pemulihan bekalan air telah mencapai tahap 26 peratus.
Katanya, ini meliputi kawasan terjejas di Hulu Langat mencatatkan sebanyak 61.1 peratus pemulihan diikuti Sepang (43.3) dan Putrajaya (17.4).
“Daerah Petaling dan Kuala Langat masih berada pada tahap 0 peratus setakat ini.
“Tempoh masa pemulihan bekalan air berbeza antara kawasan dan bergantung kepada lokasi serta jarak premis pengguna,” katanya.
Jelas Air Selangor, bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki air terus digerakkan kepada pengguna dan premis kritikal sepanjang gangguan tidak berjadual itu. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929