JAKARTA – Seorang lelaki di Kota Pematangsiantar, Sumatera Utara yang dirakam menyangkut sebuah beg yang bertulis amaran ‘Awas Bom’ di sebatang tiang elektrik disahkan mempunyai masalah mental, lapor portal Berita Merdeka, semalam.
Menurut Ketua Polis Pematangsiantar, Asisten Komisioner Besar Boy Sutan Binanga, lelaki itu telah ditahan di rumahnya.
“Pihak polis telah memeriksa beg tersebut dan rumah suspek namun tidak menemui apa-apa yang mencurigakan.
“Suspek kini sudah ditahan dan tahap kesihatan mentalnya sedang dinilai oleh pasukan perubatan,” kata Boy.
Baru-baru ini, penduduk Kota Pematangsiantar kecoh apabila menemui beg tersebut tersangkut di sebatang tiang elektrik di Jalan Gunung Simanuk-Manuk.
Bagaimanapun, apabila polis memeriksa kandungan beg berkenaan, ia hanya berisi batu dan tiada kesan bom atau bahan letupan yang ditemui. – Agensi