fbpx

Peruntukan RM500,000 baiki 40 rumah terjejas kepala air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd. Latiff (kanan) menyerahkan dokumen kepada Mahdzir pada majlis serah tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar di KPLB Putrajaya di sini, hari ini. - FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan hampir RM500,000 bagi membaik pulih 40 buah rumah penduduk di Daerah Yan dan Daerah Sik, Kedah yang terjejas dengan bencana kepala air, baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kementerian amat memahami kesukaran dihadapi penduduk dan telah membuat penilaian kerosakan melibatkan 40 buah rumah yang didiami penduduk di kawasan terbabit.

Menurutnya, KPLB telah mengkoordinasikan Bahagian Kesejahteraan Rakyat, KPLB dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah dalam usaha untuk menyalurkan bantuan bagi meringankan beban yang perlu ditanggung oleh penduduk yang terjejas akibat bencana tersebut.

“Sehingga kini KPLB telah membuat penilaian kerosakan melibatkan 40 buah rumah dengan anggaran kos pembaikan sebanyak RM550,000.

“Usaha mengenal pasti kerosakan dan keperluan pembaikan rumah mangsa yang lain sedang giat dilaksanakan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar dengan bekas menteri, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI