fbpx

Perhilitan tumpaskan penyeludupan enggang di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA enggang yang berjaya diselamatkan Perhilitan di KLIA baru-baru ini. – Foto ihsan Perhilitan.

PUTRAJAYA – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menyelamatkan lapan ekor burung enggang daripada menjadi mangsa jenayah penyeludupan.

Spesies tersebut ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini baru-baru ini dengan kesemua unggas liar itu diselamatkan dalam satu operasi penguatkuasaan.

Perhilitan memaklumkan, operasi itu berjaya menahan dua orang suspek lelaki warga tempatan kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen sah daripada agensi itu bagi penyimpanan semua burung terbabit yang dilindungi undang-undang.

Satu laporan polis dibuat berhubung berhubung rampasan itu dan kesemua barang berkenaan dibawa ke ibu pejabat Perhilitan di ibu negara untuk tindakan selanjutnya, kata perhilitan menerusi hantaran dalam akaun sosial Facebook rasmi agensi itu.

Terdapat 10 spesies burung tersebut yang boleh dijumpai di Semenanjung Malaysia dengan enggang papan atau lazim disebut sebagai great hornbill adalah antara saiz terbesar di dunia.

Burung ini atau nama saintifiknya, Buceros bicornis dikategorikan dalam senarai merah atau rentan oleh Kesatuan Pemuliharaan Semula Jadi Antarabangsa (IUCN) berpusat di Britain. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI