fbpx

Penyahwartaan HSKLU bersyarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kawasan HSKLU yang dinyahwarta.

SHAH ALAM – Pengekalan 20 peratus kawasan hijau antara syarat dikenakan kepada syarikat pemaju, Gabungan Indah Sdn. Bhd. (Gabungan Indah) yang telah diluluskan pemberimilikan di kawasan nyahwarta Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) pada Mei lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, syarat lain dikenakan termasuk Kajian Impak AlamSekitar (EIA) dan Kajian Impak Sosial (SIA) dalam memastikan keperluan translokasi spesies-spesies flora dan fauna yang berkepentingan.

“Kerajaan negeri telah mengambil kira kesemua aspek (due diligence) dalam membuat keputusan yang terbaik berkaitan penyahwartaan HSKLU.

“Keputusan ini juga adalah selaras dengan matlamat pembangunan negeri Selangor ke arah kestabilan sosio ekonomi, dinamik, mampan dan lestari,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian memaklumkan kerajaan negeri telah meluluskan penyahwartaan 536.7 hektar HSKLU pada 5 Mei lalu.

Keputusan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) meluluskan penyahwartaan 536.7 hektar Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Utara (HSKKLU), bercanggah keputusan PKR dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi penjelasan berhubung keputusan kontroversi kerajaan negeri itu dalam pertemuan bersama pimpinan parti, hari ini.-K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI