fbpx

Pemilik serah singa gunung belaan kepada pihak berkuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Haiwan berusia 11 bulan ini dilaporkan mula bertindak agresif. - Persatuan Humane AS

NEW YORK – Seekor singa gunung di Amerika Syarikat (AS) akan dipindahkan ke negeri Arkansas selepas diserahkan oleh pemilik haiwan itu yang memeliharanya di dalam sebuah pangsapuri di New York, lapor laman berita United Press International (UPI) semalam.

Persatuan Humane AS, Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Negeri New York, Jabatan Polis New York dan Zoo Bronx bekerjasama untuk menyelamatkan haiwan itu selepas pemiliknya menghubungi pihak berkuasa dan mengatakan bahawa mereka tidak lagi dapat memelihara haiwan berusia 11 bulan itu.

Menurut pasukan penyiasat, pemilik singa gunung itu telah membeli haiwan tersebut semasa ia masih kecil daripada seorang penjual di luar negeri.

Baru-baru ini mereka memutuskan untuk mencari habitat baharu buat haiwan buas itu apabila ia mula menunjukkan sikap agresif. 

“Hidupan liar seperti singa gunung bukan haiwan peliharaan.

“Walaupun ia nampak comel semasa kecil, haiwan ini boleh membesar dan berkelakuan di luar jangkaan serta berbahaya,” kata pesuruhjaya Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar, Basil Seggos dalam satu siaran akhbar.

Haiwan terbabit telah dibawa ke Zoo Bronx untuk sementara waktu sebelum dipindahkan ke habitat baharunya di Perlindungan Hidupan Liar Turpentine Creek di Arkansas.

“Singa gunung ini bernasib baik kerana pemiliknya menyedari bahawa haiwan liar seperti itu tidak boleh disimpan di dalam sebuah pangsapuri atau persekitaran domestik lain,” kata Pengarah Tindak Balas Bencana Haiwan untuk Persatuan Humane AS, Kelly Donithan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI