fbpx

Pekerja restoran cedera dirempuh kereta dalam pasar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan sebuah kereta terperosok ke dalam sebuah pasar raya di Puchong hari ini.

SERDANG – Seorang pekerja restoran makanan segera cedera apabila dirempuh oleh sebuah kereta dipandu warga emas yang terperosok ke dalam sebuah pasar raya di Puchong di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang sewaktu pemandu iaitu seorang lelaki berusia 64 tahun selesai membeli barang keperluan di pasar raya itu dan dalam perjalanan pulang.

“Pemandu berkenaan bagaimanapun telah tertekan pedal minyak mengakibatkan kereta jenis Perodua Myvi dipandunya merempuh masuk ke dalam pasar raya berkenaan dan melanggar seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan kaunter sebuah restoran makanan segera di situ.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa yang berusia 31 tahun yang juga pekerja restoran berkenaan telah mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di Zon Kuning Hospital Serdang namun keadaannya dilaporkan stabil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Anbalagan, pemandu warga emas berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan siasatan lanjut berhubung kejadian sedang dijalankan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.

Terdahulu, beberapa rakaman video oleh orang awam tular di laman media sosial memaparkan orang ramai bekerjasama mengangkat sebuah kereta yang terperosok ke dalam sebuah pasar raya bagi mengeluarkan mangsa dari bawah kereta tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI