JOHOR BAHRU – Pasar Taman Johor Jaya di sini telah diarahkan tutup serta-merta ekoran terdapat beberapa kes positif Covid-19 yang dikesan melibatkan premis berkenaan baru-baru ini.
Arahan penutupan selama seminggu bermula hari ini hingga 7 September itu dikeluarkan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk mengawal penularan wabak berkenaan.
Ahli Majlis MBJB Zon Johor Jaya, Chan San San berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat sekurang-kurangnya sembilan individu dilaporkan positif Covid-19 daripada kawasan berkenaan dan kesemua mereka telah diarahkan untuk menjalani tempoh kuarantin di rumah.
“Kerja sanitasi telah dilakukan di sekitar pasar ini namun esok hari, MBJB akan melakukan kerja-kerja sanitasi di kawasan ini lagi sekali,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat pasar berkenaan, hari ini.
Tambahnya, orang awam yang pernah mengunjungi pasar tersebut dalam tempoh beberapa hari lalu dinasihati untuk melakukan ujian saringan dan melakukan kuarantin di rumah. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929