fbpx

Malaysia Street dinamakan di Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Papan tanda 'Malaysia Street sedang dipasang oleh para petugas di Palastin.

PETALING JAYA- Palestin memberi kejutan kepada Malaysia sempena Hari Kebangsaan ke-64 dengan menamakan salah sebuah jalan terpenting di negara itu sebagai Malaysia Street.

Berita gembira itu dikongsikan kepada rakyat Malaysia menerusi hantaran Facebook Terkini dan Sensasi Palestin semalam dengan menyifatkan ia merupakan hadiah terbesar Palestin kepada Malaysia.

“Inilah hadiah paling besar Palestin buat kita bersempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-64 pada tahun ini.

“Sebahagian tanah Palestin kini dinamakan dengan nama negara kita, Malaysia,” tulis hantaran itu.

Malaysia Street terletak di salah sebuah jalan penting di tengah bandar Gaza iaitu berdekatan himpunan universiti, bangunan-bangunan kerajaan dan agensi antarabangsa.

“Pemilihan lokasi itu menandakan penghargaan terhadap persaudaraan dan solidariti kita bersama mereka,” jelasnya.

Perasmian jalan tersebut disempurnakan oleh Datuk Bandar Gaza, Dr. Yahya As-Sarraj dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Turut hadir Pengarah MyCare di Gaza, Dr. Ziad Shehadah. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI