fbpx

Lima kali berdepan gangguan bekalan air tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LANGAT – Penduduk di daerah ini terus terkilan apabila mengalami gangguan bekalan air sebanyak lima kali pada tahun ini termasuk akibat paip pecah.

Seorang penduduk Kampung Seri Cheeding, Zaitun Kosman,58, berkata, masalah gangguan air termasuk terbaru penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih susulan pencemaran bau menyukarkan urusan urusan seharian dalam tempoh pandemik Covid-19.

Zaitun menunjukkan paip air di rumahnya yang tidak mengeluarkan air sejak semalam.

“Kami kecewa disebabkan pencemaran masih berlaku terutama dalam tempoh kes Covid-19 masih tinggi selain perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Jika air tiada bukan sahaja keluarga saya bermasalah untuk membersihkan diri, bagaimana hendak mencari air untuk memasak dan membasuh pinggan,”katanya ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan sebanyak 463 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Setakat pukul 12 tengahari tadi, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dalam kenyataannya menyatakan daerah Petaling dan Kuala Langat belum menerima sebarang pemulihan bekalan air. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI