fbpx

Lima individu ditahan berkumpul, buat bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan dalam operasi semalam.

SEREMBAN – Lima lelaki ditahan selepas sebuah video mengenai sekumpulan remaja berkumpul dan membuat bising dipercayai di kawasan Bandar Seremban Selatan pada malam ambang Merdeka di sini tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun itu ditahan di sekitar Seremban malam semalam.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan telah berjaya mengesan dan menahan lima suspek pada pukul 9 hingga 11 malam tadi.

“Tindakan selanjutnya telah diambil bagi mengenalpasti sekiranya ada sebarang penglibatan jenayah oleh kesemua suspek,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Mohd. Said, ujian saringan air kencing juga telah dijalankan dan hasilnya kesemua negatif dadah.

“Kesemua suspek juga akan dikompaun atas kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dan kenderaan yang digunakan pula telah ditahan di bawah Seksyen 60(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI