fbpx

Liek Hou mula langkah kanan di Tokyo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIEK HOU yang juga pilihan kedua dilihat tidak berdepan masalah ketika menewaskan Eldakrory pada perlawanan pertama Kumpulan B acara perseorangan lelaki SU5 Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

JAGUH badminton para negara, Cheah Liek Hou tidak berdepan masalah untuk menjinakkan pemain Mesir, Ahmed Eldakrory pada perlawanan pertama Kumpulan B acara perseorangan lelaki SU5 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Yoyogi sebentar tadi, Liek Hou yang juga pilihan kedua mencatat kemenangan mudah 21-3, 21-2 dalam tempoh 16 minit.

Dia yang juga juara dunia enam kali nyata berada dalam kelas tersendiri serta bukan tandingan sebenar Eldakrory apabila hanya memerlukan masa tujuh minit untuk menamatkan set pertama.

Memasuki set kedua, aksi Liek Hou nyata tidak boleh dibendung lagi apabila terus mengganas sebelum memastikan kemenangan 21-2 dalam aksi di bawah 10 minit.

Kemenangan tersebut nyata meletakkan pemain berusia 33 tahun itu dalam keadaan selesa untuk melangkah ke separuh akhir biarpun perlu berdepan cabaran lebih sengit daripada pemain tuan rumah, Taiyo Imai serta wakil Taiwan, Fang Jen-yu selepas ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI