fbpx

Lesti Kejora didakwa hamil sebelum nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LESTI KEJORA

BELUM lagi hilang seri pengantin baharu, timbul khabar angin tidak enak mendakwa penyanyi dari seberang, Lesti Kejora kononnya hamil sebelum bernikah.

Dakwaan tersebut berlegar dalam laman sosial selepas netizen mempersoalkan fizikal, terutama bentuk perut penyanyi itu kelihatan agak buncit ketika berlangsungnya acara tradisi ‘bersiram’ oleh pengantin perempuan sebelum majlis akad nikah dijalankan.

“Kenapa perut Lesti kelihatan buncit seperti sedang hamil? Maaf kalau saya tersilap pandang,” soal seorang pengguna Instagram.

“Iya, fokus pada perutnya. Adakah Lesti sedang…?” kata seorang lagi netizen.

Menjawab persoalan tentang dakwaan liar tersebut, Lesti memberitahu bahawa baju kebaya yang dipakainya ketika itu memang agak besar sehingga membuatkan bahagian perutnya kelihatan buncit seperti sedang hamil.

“Bajunya memang besar,” katanya ringkas menangkis sangkaan ramai.

Terdahulu, Lesti dan suaminya yang juga pelakon Rizky Billar selamat bergelar suami isteri selepas bernikah pada 19 Ogos lalu di Jakarta Selatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI