fbpx

Lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Dungun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat Ahmad Firdaus Afiq yang hilang dikhuatiri lemas di Sungai Dungun berhampiran Kampung Tok Kah, Dungun hari ini.

DUNGUN – Seorang lelaki yang baru melangsungkan perkahwinan sembilan lalu dikhuatiri lemas selepas dibawa arus deras Sungai Dungun berjampiran Kampung Tok Kah di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, Ahmad Firdaus Afiq Che Yusof, 21, sedang bersukaria mandi-manda di sungai itu bersama lima lagi rakannya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, mangsa dan seorang lagi rakannya, Mohd. Zulfadzli Mohd Asmadi, 21, tiba-tiba dibawa arus deras.

“Mereka terpaksa menjerit meminta pertolongan. Rakan-rakan kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan Mohd. Zulfadzli namun sebaliknya buat Ahmad Firdaus Afiq.

“Dia dibawa arus deras sebelum kelibatnya hilang di dalam sungai berkenaan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari kedua telah diperluaskan sehingga ke Kuala Dungun menggunakan teknik mencari di permukaan dan selaman serta khidmat dua anjing pengesan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI