fbpx

Kes sembuh Covid-19 catat 21,073 hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara merekodkan kes sembuh sebanyak 21,073 kes sekali gus mengatasi kes baharu (18,762) menjadikan keseluruhan kes sembuh kini berjumlah 1,482,800 kes.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes aktif pula merekodkan sebanyak 265,274 kes termasuk 1,007 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 464 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Menurutnya, terdapat 278 kes kematian Covid-19 dengan 65 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan jumlah kes kematian terkini sebanyak 16,942 kes.

“Daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 330 kes atau 1.8 peratus kategori tiga, empat dan lima manakala, 18,432 kes atau 98.2 peratus kategori satu dan dua.

“Sebanyak 8,640 kes atau 46.0 peratus daripada jumlah kes tersebut tiada sejarah vaksinasi, 4,706 kes atau 25.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan 5,416 kes atau 28.9 peratus pula lengkap vaksinasi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan pecahan, sebanyak 119 kes kategori lima dengan 82 kes tiada vaksinasi, 51 kes kategori empat dengan 26 kes tiada vaksinasi serta 160 kes kategori tiga dengan 76 kes tiada vaksinasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI