fbpx

Jam tangan pintar ukur tahap kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAM tangan pintar siri Galaxy Watch4 dilengkapi teknologi pemantauan kesihatan.

PERKEMBANGAN teknologi kini menyaksikan pelbagai peranti penting dihasilkan untuk kemudahan pengguna.

Jam tangan pintar antara peranti yang bukan sekadar menunjukkan waktu, tetapi juga dilengkapi dengan lain-lain fungsi.

Syarikat elektronik gergasi dunia, Samsung baru-baru ini mengumumkan pengeluaran jam tangan pintar Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic.

Jam tangan pintar itu dilengkapi dengan Sensor BioActive tiga dalam satu Samsung yang inovatif.

Peranti itu mempunyai reka bentuk lebih kecil dan kompak yang memberi keselesaan kepada pemakainya.

Ia turut direka dengan teknologi terkini yang membolehkan pengguna memantau tahap kesihatan mereka.

Jam tersebut dilengkapi dengan alat pengukur komposisi badan serba baharu yang dapat memberi pemahaman lebih mendalam tentang kesihatan dan kecergasan pengguna.

Kini, pengguna boleh memeriksa komposisi badan mereka dengan lebih mudah seperti ukuran jisim otot rangka, kadar metabolisme asas, peratusan air dan lemak badan dapat diambil.

Peranti itu turut dilengkapi dengan pelbagai ciri kesihatan untuk mengesan aktiviti harian pengguna agar kekal terus bermotivasi untuk menjadi yang terbaik.

Dalam pada itu, jam tangan pintar terkini itu juga merupakan generasi pertama jam tangan pintar yang menampilkan Wear OS yang dikuasakan oleh Samsung.

Platform baharu ini mampu meningkatkan setiap aspek pengalaman jam tangan pintar.

Melalui kerjasama Samsung dan Google, platform canggih ini membolehkan pengguna untuk menggunakan ekosistem yang meluas secara terus daripada pergelangan tangan dengan aplikasi popular Google seperti Google Maps dan perkhidmatan Galaxy 10 yang digemari, seperti Samsung Pay, SmartThings dan Bixby.

Ia turut menyokong aplikasi pihak ketiga yang terkemuka pada masa sekarang seperti Adidas Running, Calm, Strava serta Spotify yang boleh didapati di Google Play.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI