fbpx

Hanya 4,159 pengembara dibenarkan kuarantin di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Hanya 4,159 pengembara daripada kira-kira 20,000 permohonan yang diterima oleh Kementerian Kesihatan dibenarkan untuk kuarantin di rumah sebaik tiba dari luar negara.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, tidak semua permohonan untuk kuarantin di rumah diluluskan malah, kesemua pengembara yang dibenarkan itu adalah selepas penilaian ketat dijalankan.

“Ada mengatakan semua yang kembali ke Malaysia dapat kuarantin di rumah dan ini tidak betul. Sejak 10 Ogos, kira-kira 20,000 orang masuk ke negara ini memohon kuarantin di rumah.

“Kita tidak beri kepada semua. Kita terima 20,000 permohonan tetapi yang diluluskan 4,159 orang sahaja berdasarkan penilaian ketat,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau menegaskan, mana-mana pengembara kembali ke negara ini masih perlu dikuarantin di pusat kuarantin yang disediakan dan sekiranya mahu kuarantin di rumah, mereka masih perlu mengemukakan permohonan.

Dalam masa sama, Khairy Jamaluddin berkata, daripada jumlah pengembara yang diluluskan untuk kuarantin di rumah, seramai 404 orang menggunakan gelang peranti digital bagi menjalankan pemantuan terhadap mereka.

“Ini adalah projek perintis dan apabila kita berpuas hati dengan ketelusan dan kecekapan peranti ini, kita boleh menggunakannya kepada mereka yang dikuarantin di rumah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI