fbpx

Hamzah lapor diri di KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah mengimbas cap jari sebagai simbolik melapor diri secara rasmi ke KDN hari ini. Foto FAIZ ALIF

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama dua timbalannya melaporkan diri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pagi ini.

Beliau bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yassin tiba kira-kira pukul 8.50 pagi.

Ketibaan mereka disambut Ketua Setiausaha KDN, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz bersama ketua-ketua pengarah agensi di bawah KDN serta turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Sebelum ini, Hamzah turut memegang jawatan sama di bawah kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hamzah dan barisan anggota Jemaah Menteri yang lain serta 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Isnin lalu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI