fbpx

Hamil enam bulan, Wawa Zainal alahan dengan peti sejuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAWA ZAINAL

PETALING JAYA – Setiap wanita hamil pasti mempunyai alahan, sama juga halnya dengan aktres Wawa Zainal yang mendedahkan dia akan ‘mabuk’ apabila pintu peti sejuk dibuka.

Perkara tersebut dikongsi pemilik nama lengkap Nur Hawa Zainal Abidin, 30, dalam satu hantaran InstaStorynya semalam dalam sesi soal jawab bersama pengikutnya.

TANGKAP layar InstaStory Wawa nak memberitahu dia akan muntah setiap kali pintu peti ais dibuka.

“Kak Wawa mengandung anak nombor empat ada alahan teruk tak?” soal seorang pengikut Instagramnya.

Menjawab pertanyaan tersebut, pelakon Sabda Kekasih itu memberitahu dia tidak mempunyai alahan terhadap benda lain selain daripada peti ais.

“Sudah empat kali hamil, saya tidak ‘mabuk’ benda lain.

“Rasa ‘mabuk’ kalau buka peti ais saja. Kalau buka peti ais automatik akan muntah,” balasnya ringkas.

Dalam perkongsian sama, isteri kepada aktor Aeril Zafrel juga memberitahu dia turut mempunyai alahan terhadap bau bawang.

Terdahulu, Kosmo! pada 26 Ogos lalu melaporkan Wawa mengesahkan dirinya kini hamil enam bulan anak keempatnya.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013.

Hasil perkahwinan, Wawa dan Aeril dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI