fbpx

‘Bos’ kartel projek kerajaan didakwa pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan akhbar Kosmo! 7 April lalu.

SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dikaitkan dengan kartel projek kerajaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Prosiding pendakwaan terhadap suspek berusia 47 tahun dijangka dilakukan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.

Menurut sumber, suspek utama itu sebelum ini ditahan pada 5 April lalu berhubung kegiatan sindiket kartel projek-projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion.

Katanya, dia akan didakwa berhubung persubahatan memalsukan 69 dokumen bagi menipu sebuah jabatan kerajaan.

“Dia (ahli perniagaan) dijangka berdepan 69 pertuduhan hari ini,” katanya ringkas kepada Kosmo! hari ini.

Kosmo! pada 7 April lalu melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk hanya mengambil tujuh tahun untuk mengumpul kekayaan melampau yang mencecah jutaan ringgit menerusi penglibatannya sebagai kartel projek-projek kerajaan bernilai RM3.8 bilion.

Kemewahan yang dimiliki suspek itu terbongkar selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat rampasan dan sitaan pelbagai aset termasuk kenderaan mewah, wang tunai, kapal layar serta dua buah helikopter persendirian. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI