fbpx

Bonnie mahu jumpa keluarga, belum fikir pasal RM1 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONNIE bercakap pada sidang akhbar sebaik sahaja selamat tiba di tanah air selepas menggalas perjuangan negara pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di KLIA semalam.

Oleh SUBKHI SUDARJI

PEMENANG pingat emas pertama negara pada Sukan Para­limpik Tokyo, Bonnie Bunyau Gustin menyatakan hasrat untuk meluangkan masa bersama keluarga terlebih dahulu sebelum memikirkan apa yang hendak dilakukan dengan hadiah wang kemenangan RM1 juta yang bakal menjadi miliknya.

“Setahun lebih tidak balik kampung, saya akan luangkan masa bersama keluarga dahulu dan memikirkan perkara yang akan dilakukan seterusnya.

“Berbincang dengan ayah dan keluarga dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Bonnie bakal menerima RM1 juta di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) dan pencen bernilai RM5,000 sebulan.

Pada masa sama, Bonnie yang meraih emas acara powerlifting kategori lelaki 72 kilogram (kg) akan menerima ganjaran bernilai RM100,000 daripada penaja FWD Takaful Berhad.

Bonnie selamat mendarat kira-kira pukul 5.20 petang bersama pemenang pingat perak kategori 107 kg, Jong Yee Khie dengan menaiki penerbangan MH9117 dari Narita, Jepun.

Turut sama dalam penerbangan tersebut ialah jurulatihnya, Jamil Adam dan pembantu jurulatih, Azwan Ali Baderam.

Ketibaan dua wira negara ini disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Timbalannya, Datuk Seri Ti Lian Ker; Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pengarah, Jabatan Belia Sukan Negara (JBSN), Datuk Dr. Wasitah Mohd Yusof.

Atlet berusia 22 tahun dari Sarawak itu bukan sahaja me­rangkul pingat emas malah lebih manis turut melebur rekod Para­limpik milik Rasool Mohsin dari Iraq yang dilakukan pada edisi Paralimpik di Rio 2016 iaitu 227kg dengan angkatan 228kg menerusi percubaan ketiganya dalam saingan di Tokyo International Forum.

Pingat perak dimenangi atlet Mesir, Mahmoud Attia, manakala gangsa milik atlet Britan, Micky Yule.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI