PETALING JAYA – Tindakan penunggang serta penumpang sebuah motosikal bergaduh ketika ia sedang bergerak mencemaskan pemandu kenderaan lain di sebuah simpang empat baru-baru ini.
Menerusi satu rakaman papan pemuka, motosikal itu dilihat sedang dinaiki oleh dua individu sebelum penumpang tersebut kelihatan menumbuk penunggang tersebut.
Keadaan itu menyebab motosikal tersebut hampir terbabas, sebelum ia berhenti sepenuhnya di atas jalan dengan kedua-dua mereka meneruskan pergaduhan.
Penumpang belakang dilihat menanggalkan helmet penunggang motosikal berkenaan, namun mereka meneruskan perjalanan beberapa ketika kemudian.
Bagaimanapun, punca kejadian itu berlaku tidak dapat ditentukan namun netizen mempunyai pelbagai teori.
Menurut Dzulhilmi Salleh pula berkata, berkemungkinan rakan penunggang motosikal itu cuba membunuh lipas, lipan atau labah-labah di dalam helmetnya.
“Mungkin ia tengah merayap nak masuk telinga, boleh haru biru oii.
“Atau kawan di depan baru bagitau, aku tak cucuk vaksin lagi tapi aku uji tadi keputusan positif, mana tak marah kawan tu,” katanya.
Yusry Fakry pula bergurau dengan berkata: “Ni mesti yang depan hisap suria (rokok), bara masuk mata.”
Bagi Suraini Md. Saat pula, mereka bergaduh kerana tidak bersetuju dengan restoran yang mahu ditujui.
“Seorang nak makan kat sini, kawannya nak makan kat sana, bergaduhlah jadinya,” katanya.
Seorang netizen, Arsyad Ayyub berkata, mereka sepatutnya berhenti dahulu sebelum bergaduh di tepi jalan.
“Lain kali berhentilah dulu, lepas itu barulah gaduh. Jangan menghalang trafik kalau betul nak bertumbuk,” katanya.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929