fbpx

Beri tumpuan inovasi dalam ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham bersama Ahmad Amzad merakam pengimbas kad perakam waktu pada pukul 8.30 pagi sebagai tanda memulakan tugas hari ini di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Putrajaya di sini, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Inovasi dalam bentuk ekonomi antara aspek perlu dipergiatkan berikutan manfaatnya yang besar termasuk menjadikan negara sebagai pengeksport melibatkan bidang sains dan teknologi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, justeru, jumlah kehadiran mereka yang memerlukan perkhidmatan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan kecemerlangan berkaitan sains perlu diteruskan dan diperhebatkan.

“Inovasi dalam bentuk ekonomi merupakan salah satu yang perlu dipergiatkan terutama bagaimana inovasi itu boleh mencetuskan peningkatan ekonomi dalam masyarakat.

“Selain itu, sumbangan dunia untuk kita menjadikan negara pengeksport dalam sains dan teknologi,” katanya ketika berucap selepas memulakan tugas rasmi beliau di MOSTI di sini hari ini.

Terdahulu, Adham tiba di MOSTI disambut oleh beberapa pegawai kementerian tersebut seterusnya mengimbas kad perakam waktu bagi memulakan tugas pertama selepas dilantik sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.-K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI