fbpx

Bekalan air pulih sepenuhnya Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Gangguan bekalan air di semua 463 kawasan terjejas di Lembah Klang dijangka pulih sepenuhnya pada Jumaat ini.

Bekalan air bersih dan selamat mula disalurkan secara berperingkat di kawasan terlibat pada pukul 7 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan pihaknya sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bekalan di seluruh kawasan terjejas.

“Bekalan air di 463 kawasan itu akan diterima secara berperingkat dan dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 12 tengah malam 3 September ini (Jumaat).

“Pengguna boleh merujuk Jadual Pelan Pemulihan terperinci di www.airselangor.com, atau ‘Instagram Instastory’ & ‘Facebook Story’,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah kenyataan itu, bantuan bekalan air alternatif turut akan terus digerakkan kepada pengguna dan premis kritikal yang terlibat.

“Sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini dan orang ramai diminta mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka ketika mendapatkan bekalan air tersebut,” katanya.

Semalam, LRA Sungai Semenyih di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir terpaksa dihenti tugas akibat pencemaran bau pukul 12 tengah hari sehingga mengakibatkan sebanyak 463 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI