PETALING JAYA – “Minta maaf, ayah saya sudah meninggal dunia kelmarin.”
Demikian perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @FdlhAzm mengenai panggilan yang diterima dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk bapanya yang telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 yang tular baru-baru ini di sosial media.
Menerusi perkongsian itu, @FdlhAzm berkata, dia sangat sedih apabila bapanya setiap hari akan bertanyakan bilakah tarikh janji temu untuk pemberian vaksin, namun tidak kesampaian.
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi sedih orang ramai apabila rata-rata pengguna media sosial turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu dan mendoakan supaya dia terus bersabar dengan ujian yang dihadapi.
“Salam takziah, saya pernah telefon untuk ingatkan orang ambil vaksin dan penerima tersebut telah meninggal dunia,” kata @FaizRais.
“Semoga awak sekeluarga terus kuat dan tabah mengharungi dugaan ini,” jelas @ShaufikMohd
“Salam takziah moga ayah awak ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” ujar @IlyajiHadi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih lebih 17,300 ulang kicau dan 34,400 tanda suka di media sosial Twitter miliknya – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929