fbpx

Ajaran PMYT: Polis boleh ambil tindakan jika ada unsur hasutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah.

PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mengambil tindakan sewajarnya jika wujud unsur-unsur hasutan yang dibawa oleh ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, antara tindakan yang boleh diambil termasuk meletakkan individu berkenaan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Beliau berkata, pihaknya mengakui ada individu yang sengaja mengeluarkan kenyataan yang boleh menghasut dan menakut-nakutkan PDRM.

“Kalau dia dikesan melanggar undang-undang percetakan, kita juga boleh ambil tindakan dari sudut itu.

“Sekiranya, dia cuba menghasut sehingga orang tidak selesa dan cuba lari dari negara kita, itu juga boleh diambil tindakan dan mungkin diletakkan di bawah SOSMA,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang wanita berusia 39 tahun meramalkan bahawa Perang Dunia Ketiga kononnya berlaku di Sabah.

Wanita yang menggunakan gelaran Sittah Annur itu kini adalah individu penting di sebalik ajaran PMYT.

Difahamkan, ajaran itu dikesan sejak enam bulan lalu dan menggunakan medium media sosial seperti Facebook, YouTube dan Telegram untuk berkongsi pelbagai ramalan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI