PETALING JAYA – Sebanyak 64.2 peratus atau 15,032,301 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 84.3 peratus atau lebih 19,741,754 juta individu pula sudah menerima suntikan pertama.
Setakat semalam juga, sejumlah 261,768 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, Selangor terus mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 28,624, diikuti Sabah (25,652), Johor (20,696), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20,377), Terengganu (11,762) dan Pulau Pinang (11,133).
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin seluruh negara adalah lebih 34.75 juta. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929