fbpx

52 warga asing ditahan ketika nyenyak tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada warga asing yang ditahan dalam serbuan Op Sapu di tapak pembinaan di Kota Laksamana, semalam.

MELAKA – Seramai 52 pekerja warga asing ditahan ketika nyenyak tidur dalam serbuan Op Sapu di sebuah tapak pembinaan di Kota Laksamana, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 1.30 pagi itu, kesemua yang ditahan berusia antara 25 hingga 45 tahun terdiri daripada warga Bangladesh dan Myanmar.

Pengarah Jabatan Imigresen Melaka, Anirwan Fauzee Mohd. Aini berkata, hasil maklumat sepasukan penguat kuasa telah melakukan serbuan tersebut dan keseluruhan seramai 134 pekerja asing diperiksa.

Katanya, hasil pemeriksaan, seramai 52 warga asing telah ditahan selepas dikesan melanggar pelbagai Akta Imigresen 1959/63.

“Ketika serbuan dibuat, kesemua pekerja warga asing sedang tidur dan lari bertempiaran apabila menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Seramai 134 individu berjaya ditahan, namun hanya 52 yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, pas lawatan kerja sementara tamat tempoh dan lain-lain kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan, semalam.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI