fbpx

Wei Lun sahkan tempat ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WEI LUN berjaya mengharumkan nama negara apabila meraih pingat perak pada aksi final acara individu BC1 di Pusat Gimnastik Ariake, Tokyo sebentar tadi.

ATLET boccia negara, Chew Wei Lun memastikan sekurang-kurangnya pingat perak sudah berada dalam genggaman selepas melayakkan diri ke pentas final menerusi acara individu BC1 pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Dia yang juga pemain No. 11 dunia berjaya memastikan tempat ke aksi penentuan pingat emas itu selepas menewaskan atlet Portugal, Andre Ramos menerusi keputusan 9-5 di Pusat Gimnastik Ariake sebentar tadi.

Meskipun berdepan tentangan sengit pada dua pusingan awal, namun atlet berusia 25 tahun itu memastikan kemenangan mutlak menjadi miliknya apabila bangkit dalam dua pusingan terakhir.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung lebih awal hari ini, dia turut menampilkan prestasi cemerlang apabila menewaskan pemenang pingat perak Sukan Paralimpik London 2012 dari China, Zhang Qi 4-2.

Biarpun melakukan penampilan sulung pada temasya sukan empat tahun sekali itu, namun Wei Lun mempersembahkan aksi terbaik apabila turut menewaskan pemian No. 2 dunia, Witsanu Huadpradit di peringkat kumpulan.

Wei Lun yang diberikan gelaran ‘silent killer‘ oleh ketua kontinjen negara, Datuk Megat D. Shahriman Zaharudin bagaimanapun akan berdepan cabaran sukar apabila dijadualkan bertemu pilihan utama dari Great Britain, David Smith pada aksi final esok. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI