fbpx

Tujuh menteri clock-in di Putrajaya esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa Mohamed, Adham Baba dan Hamzah Zainudin

PUTRAJAYA – Sekurang-kurangnya tujuh menteri yang membarisi Kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan clock-in di kementerian masing-masing di sini esok.

Menerusi jemputan yang diedarkan kepada media, antara menteri yang akan mengadakan sesi clock-in itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed di pejabatnya di Jabatan Perdana Menteri, Kompleks Setia Perdana di mana sesi itu bermula pada pukul 7.30 pagi.

Turut memulakan tugas secara rasmi esok ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba yang dijadual memasuki pejabat pada pukul 7.45 pagi.

Selain itu ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang akan mengadakan sesi clock-in pada pukul 8.15 pagi diikuti sidang akhbar selepas mesyuarat Kabinet yang dijangka selesai pada pukul 12 tengah hari.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula akan melapor diri di kementerian itu pada pukul 8.15 pagi manakala Datuk Seri M. Saravanan yang kembali ke portfolionya sebagai Menteri Sumber Manusia akan clock-in pada pukul 2 petang.

Sementara itu, muka baharu yang membuat comeback dalam Kabinet, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula akan menghadiri majlis serah tugas Menteri Pembangunan Luar Bandar bersama bekas menteri, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad pada pukul 3 petang.

Datuk Saifuddin Abdullah yang kembali ke portfolio beliau sebagai Menteri Luar Negeri ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pula akan mengadakan sidang akhbar pertamanya secara hibrid (fizikal dan dalam talian) pada pukul 3 petang di Wisma Putra, Putrajaya.

Dalam pada itu, tumpuan juga terarah kepada sidang akhbar sulung Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang dijadual berlangsung pada pukul 5.30 petang esok di Kementerian Kesihatan (KKM).

“Fokus sidang akhbar menteri adalah mengenai perkembangan terbaharu Covid-19 dan program vaksinasi,” demikian menurut KKM.

Untuk rekod, Khairy Jamaluddin sudah mengadakan sesi clock-in di KKM pada pukul 5.15 petang semalam selepas istiadat angkat sumpah jawatan di Istana Negara. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI