fbpx

Tiada larangan ‘dine-in’ jika cukup syarat di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Aktiviti ‘dine-in’ atau makan di kedai tidak akan dilarang di negeri ini sekiranya seseorang individu itu telah lengkap divaksin dan tamat tempoh ‘menunggu’ yang ditetapkan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya bagaimanapun menyedari bahawa ramai dalam kalangan penduduk di negeri ini yang belum berani untuk berbuat demikian walaupun dibenarkan.

“Dalam hal ini, kita lihat tiada keperluan untuk menyekat mana-mana penduduk yang lengkap menerima dua dos vaksin untuk ‘dine-in’.

“Namun, ia (tidak ramai penduduk yang makan di kedai) berlaku disebabkan kesedaran mereka sendiri yang tinggi susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini sekaligus menyebabkan rata-rata mereka mengamalkan sikap yang lebih berhati-hati,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau mengulas mengenai jika terdapat larangan untuk ‘dine-in’ di negeri ini memandangkan berlakunya peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di Pulau Pinang kebelakangan ini.

Menurut Kon Yeow, ketika ini juga, ramai pelanggan dipercayai memilih untuk tidak menjamu selera di kedai atau restoran kerana tidak begitu yakin dengan keadaan persekitaran yang belum selamat sepenuhnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI