fbpx

Susun 90,000 makanan dalam tin untuk pecah rekod dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak lebih 90,000 makanan dalam tin disusun di Cape Town sehingga membentuk satu garisan sepanjang lebih enam kilometer - YouTube

CAPE TOWN – Sebuah persatuan amal memecahkan rekod dunia Guinness World Record apabila menyusun 90,450 makanan dalam tin yang didermakan dan menyusunnya menjadi satu garisan sepanjang 6.6 kilometer, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Ladles of Love yang merupakan pusat kebajikan membekalkan makanan bernutrisi di  Afrika Selatan mengambil masa kira-kira dua jam untuk menyusun tin makanan yang didermakan kepada pihaknya di V&A Waterfront, Cape Town pada Ahad lalu.

Deretan tin makanan tersebut membentuk garisan sepanjang 6.6 kilometer sekali gus melayakkannya mencatat  Guninness World Record sebagai garisan makanan dalam tin terpanjang di dunia.

Rekod serupa ebelum ini dicatat di Kanada pada 2014 dengan 44,966 tin makanan disusun untuk membentuk garisan sepanjang 3.3 kilometer. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI