fbpx

SPRM siasat penyelewengan sijil vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki memandang serius dakwaan orang ramai berkaitan kegiatan merasuah doktor atau mana-mana pihak bagi mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin.

Beliau menerusi satu kenyataan berkata, SPRM belum menerima sebarang aduan berkaitan isu berkenaan buat masa ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan akan menyiasat dan melakukan risikan ke lokasi-lokasi yang disyaki melakukan perbuatan penyelewengan tersebut.

“Oleh itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku itu boleh menghubungi SPRM di talian hotline 1-800-88-6000 atau portal aduan rasuah di portaladuan.sprm.gov.my,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Azam berkata, perbuatan itu bukan saja melibatkan isu rasuah malah boleh menjejaskan reputasi profesion pengamal perubatan.

“Ia sekali gus mencalarkan imej mereka sekiranya perkara itu benar-benar berlaku,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa pihak berkuasa menyiasat laporan media beberapa individu cuba merasuah doktor untuk mendapatkan sijil digital lengkap vaksinasi Covid-19 tanpa disuntik vaksin berkenaan.

Presidennya, Prof. Datuk Dr. M. Subramaniam dilaporkan berkata, SPRM dan pihak polis juga perlu mewujudkan satu talian bebas untuk orang ramai membuat laporan berkaitan perkara itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI