YAN – Kerajaan Negeri Selangor memberi sumbangan sebanyak RM100,000 untuk menampung perbelanjaan bagi membantu mangsa tragedi aliran puing di Gunung Jerai di sini.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sumbangan itu adalah sebagai tanda solidariti dan keprihatinan kerajaan Selangor terhadap musibah menimpa penduduk negeri ini.
“Terpulang kepada kerajaan negeri untuk menguruskan bantuan tersebut, saya faham mungkin nilai sumbangan terlalu kecil berbanding keperluan keseluruhannya.
“Tetapi ia mungkin boleh digunakan untuk menghargai sumbangan petugas-petugas, sumbangan kepada mangsa terjejas atau membaiki rumah-rumah mangsa terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan tersebut di D’Yan Chalet, Titi Hayun di sini hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929