PUTRAJAYA – Program-program bantuan kebajikan termasuk agihan zakat yang dilaksanakan di bawah portfolio Hal Ehwal Agama sebelum ini akan diteruskan seperti biasa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, beliau akan berbincang dengan agensi-agensi berkaitan bagi meneruskan program berkenaan.
Beliau berkata, program itu adalah salah satu daripada program-program kebajikan yang perlu dilakukan kerana soal kebajikan juga adalah satu dakwah.
“Ia sudah dilaksana sebelum ini dan saya akan teruskan program-program itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Sumbangan Daging Lembu dan Dapur It’am Merdeka di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, di sini hari ini.
Terdahulu, Idris menyampaikan sumbangan daging, bakul makanan dan Dapur It’am kepada golongan terkesan di sekitar Putrajaya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929