fbpx

Pesakit asma selesai kuarantin maut ambulans terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah ambulans yang terbabas di Kilometer 21 Jalan Pekan-Batu Balik di Pekan semalam.

PEKAN – Seorang pesakit asma kronik yang baru selesai menjalani kuarantin kontak rapat Covid-19 maut selepas ambulans yang membawanya pulang dari hospital terbabas dan terbalik di Kilometer 21 Jalan Pekan-Batu Balik di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu berlaku ketika mangsa, Husin Abd Hamid,74, bersama pemandu dan seorang jururawat dalam perjalanan dari Hospital Pekan ke Felda Chini Timur 1.

“Apabila sampai di tempat kejadian semasa melalui jalan berbatu kasar, van berkenaan hilang kawalan lalu terbalik dan terbabas ke longkang sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan pemandu, jururawat dan pesakit dibawa mendapatkan rawatan di wad kecemasan Hospital Pekan sebelum pesakit disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 10.22 malam,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, bedah siasat akan dilakukan terhadap mangsa selepas ujian calitan Covid-19 diterima.

Tambahnya, pemandu ambulan yang mengalami sakit di bahagian dada dan jururawat yang mengalami sakit di belakang mendapatkan rawatan di Hospital Pekan.

Dalam pada itu katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih giat dilakukan.

Katanya berdasarkan laporan awal lokasi kejadian adalah kjalan berbatu yang sedang dinaik taraf dan semasa kejadian keadaan cuaca baik dan tidak hujan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI