fbpx

Pemuda dikhuatiri lemas di Jeram Mawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi mencari dan menyelamat Mohamad Nazmi yang sedang diadakan di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Kegembiraan tujuh sahabat menghabiskan cuti sambutan Hari Kebangsaan hari ini dengan memancing di Jeram Mawar berhampiran Kampung Air Putih di sini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka dikhuatiri lemas.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu, Mohamad Nazmi Mohamad Saidi, 23, dari Kampung Paya Berenjut, Chukai di sini dikatakan tergelincir sewaktu sedang berdiri di tebing sungai sebelum dihanyutkan arus deras.

Salah seorang rakan mangsa, Mohd. Zarif Ikhwan Zainuddin, 23, berkata, dia cuba menyelamatkan Mohamad Nazmi namun gagal.

“Sebaik menyedari kawan saya (Mohamad Nazmi) tergelincir ke dalam sungai, saya cepat-cepat terjun untuk menyelamatkannya tetapi arus deras membuatkan saya turut hampir lemas.

“Saya terpaksa menjerit meminta pertolongan rakan-rakan lain. Mohamad Nazmi kemudian dilihat tenggelam timbul di permukaan air sebelum kelibatnya hilang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Jeram Mawar di sini hari ini.

Mohd. Zarif Ikhwan memberitahu, sebelum kejadian, mereka bertolak ke Jeram Mawar yang terletak jauh di dalam hutan terkenal sebagai lokasi memancing dan berkelah di daerah ini pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan yang dihubungi mengesahkan kejadian dan operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI