fbpx

Pemandu rentung, kereta terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Api marak membakar kereta yang dipandu mangsa di lokasi.

HULU SELANGOR – Pemandu kereta rentung selepas kereta yang dipandunya terbakar dalam kemalangan di Kilometer (km) 407 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini hari ini.

Kereta model Sangyong yang dipandu mangsa disyaki terbabas sebelum merempuh lori dan penghadang jalan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian kira-kira pukul 5.14 petang.

“Lapan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Sentosa dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, petugas mendapati kebakaran berlaku melibatkan kereta jenis Ssangyong yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kereta dipandu mangsa dipercayai terbabas lalu melanggar sebuah lori dan penghadang jalan di lokasi.

“Kemalangan menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk dan kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan selepas api dipadamkan. Setakat ini, identiti mangsa belum dapat dipastikan,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI