fbpx

Pasar Awam Bayan Baru ditutup, peniaga positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Bahagian Perlesenan MBPP ketika menjalankan penutupan Pasar Awam Bayan Baru di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Pasar Awam Bayan Baru di sini diarah tutup mulai hari ini berikutan terdapat kes positif Covid-19 dalam kalangan peniaga.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Datuk Ar. Yew Tung Seang berkata, arahan penutupan pasar awam terbabit dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) berkuat kuasa pada pukul 2 petang ini.

Menurutnya, tempoh penutupan akan dimaklumkan kelak sehingga siasatan selesai.

“Sebanyak 159 gerai di pasar awam berkenaan diarah tutup hari ini ekoran terdapat 11 kes positif Covid-19 melibatkan peniaga.

“Pihak KKM sedang menjalankan siasatan berhubung kontak rapat pesakit dan proses sanitasi akan dilaksanakan pada malam ini,” katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu, proses sanitasi tersebut turut melibatkan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Balai Rakyat Bayan Baru yang terletak di aras atas pasar berkenaan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI