ALOR SETAR – Komuniti nelayan Kuala Kangkong dekat sini berarak menggunakan 11 bot berhias Jalur Gemilang bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan ke-64 di perairan itu di sini hari ini.
Bot-bot tersebut dinamakan dengan nama tertentu antaranya Tunku Abdul Rahman, Taming Sari, Jebat Derhaka, Laksamana Bentan, Sri Banang, Tok Gajah dan Laksamana Bujang Lapok.
Perarakan sejauh dua kilometer itu berlangsung selama setengah jam bermula kira-kira pukul 10.30 pagi.
Nelayan yang lengkap memakai pakaian tradisional kemudian melintasi pelantar kayu di jeti Kuala Kangkong sambil melaungkan merdeka dengan diiringi lagu Keranamu Malaysia.
Menurut penganjur program, Abu Bakar Saad, 66, berkata, seramai 40 nelayan terlibat dalam perarakan tersebut.
“Kita turut mengadakan pertandingan bot berhias paling cantik dengan pakaian sesuai dengan identiti nelayan di sini,” ujarnya.
Pemilik bot, Mohd. Azam Ahmad, 40, berkata, dia mengeluarkan modal hampir RM300 untuk membeli bendera dan lain-lain keperluan bagi menghias bot bersama dua awak-awaknya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929