fbpx

Masjid Jamek Simpang Durian bukan markas ajaran sesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan Masjid Jamek Simpang Durian membuat laporan di Balai Polis Simpang Durian untuk membersihkan nama masjid berkenaan.

JELEBU – Pihak pengurusan Masjid Jamek Simpang Durian di sini membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan mengatakan rumah ibadat itu menjadi lokasi pertemuan pengikut ajaran sesat Perjalanan Mimpi Yang Terakhir.

Pengerusinya, Rusman Jaafar berkata, laporan itu dibuat pada pukul 11 pagi di Balai Polis Simpang Durian selepas masjid itu dikaitkan dengan ajaran sesat yang dipimpin oleh seorang wanita bergelar Sittah Annur.

“Di dalam laporan akhbar berkenaan dinyatakan antara lokasi perjumpaan pengikut kumpulan ajaran sesat tersebut adalah Masjid Jamek Simpang Durian.

“Kami menafikan sekeras-kerasnya masjid ini dijadikan lokasi pertemuan ajaran sesat dan pihak pengurusan tidak mengetahui wujudnya ajaran sesat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, sehubungan itu, pihaknya berharap agar pihak berkuasa agama dapat mengambil tindakan segara berdasarkan laporan tersebut.

Menurut Rusman, program yang dijalankan di situ hanyalah berkaitan kelas takmir, fardu ain, kuliah duha, kelas muslimat dan al-Quran kanak-kanak yang dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

“Guru-guru yang terlibat juga mempunyai tauliah yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan,” tambahnya.

Jelasnya, tujuan pihaknya membuat laporan itu adalah untuk membersihkan nama Masjid Jamek Simpang Durian yang telah dikaitkan dengan ajaran sesat itu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI