PETALING JAYA – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan bantahan Malaysia berhubung pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sudah dihantar.
Jelasnya, pegawai Kontinjen Malaysia menyertakan semua bukti termasuk rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar bilik menunggu (call room).
“Update terbaru Tokyo – Protest submitted. Termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan,” katanya di Facebook sebentar tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929