fbpx

Laungan merdeka sambut penerima vaksin di PPV UniSZA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Ahmad Shaifuddin (dua dari kiri) menyambut penerima vaksin dengan laungan merdeka di PPV UniSZA di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Laungan merdeka dan lagu Negaraku berkumandang di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 semalam.

Ketua PPV Unisza, Dr. Nik Ahmad Shaifuddin Nik Him berkata, sambutan secara sederhana itu bagi meraikan pengorbanan petugas barisan hadapan demi negara tercinta.

“PPV di sini tidak pernah ‘tutup’ walaupun pada hari istimewa, Hari Kebangsaan. Kita berkongsi semangat jiwa merdeka bersama 115 petugas dan 814 penerima vaksin hari ini.

“Ramai yang datang dengan pakaian bertemakan patriotik dan turut serta menyanyikan lagu Negaraku bersama kami,” katanya ketika ditemui di PPV UniSZA di sini hari ini.

Sementara itu, Pengurus PPV UniSZA, Dr. Ras Azira Ramli pula berkata, erti kemerdekaan buat petugas barisan hadapan adalah membantu negara bebas daripada virus Covid-19.

Justeru ujarnya, amat penting kepada orang ramai untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk mereka yang sudah lengkap dua dos vaksinasi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI