IPOH – Sebarang permohonan konvoi kenderaan oleh individu dan kumpulan atas apa jua tujuan sepanjang tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak akan disokong.
Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, ketetapan itu dibuat kerana kebimbangan ia menyebabkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dan tiada penjarakan fizikal.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak merancang atau memohon untuk melakukan sebarang aktiviti konvoi sepanjang tempoh PPN sehingga dibenarkan berbuat demikian.
“Kerjasama daripada orang ramai amat diperlukan dalam membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini khususnya di Perak,” katanya dalam di sini hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai juga dinasihatkan agar mengelak daripada menyertai sesi perjumpaan di lokasi-lokasi tumpuan serta mengjkiut pematuhan yang ditetapkan.
“Kita akan terus memantau pematuhan yang sedang dikuatkuasakan dan akan mengenakan kompaun kepada sesiapa sahaja yang gagal mematuhi ketetapan berkenaan,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929