fbpx

Issey, isteri timang bayi merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Issey dan isteri selamat menimang anak sulung merdeka mereka yang dilahirkan pukul 1.48 tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Pelawak dan penyampai radio Issey dikurniakan bayi lelaki merdeka selepas isterinya selamat melahirkan anak mereka sebentar tadi.

Menerusi hantaran dalam Instagram, Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin berkata, putera sulungnya itu selamat dilahirkan pada pukul 1.48 tengah hari seiring sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-64 hari ini.

“Kamu sudah merdeka daripada perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.

“Puteraku, semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada keluarga, agama dan negara. Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak Merdeka,” tulisnya sambil berkongsi foto sedang mendukung anaknya.

Menjengah ruangan komen, perkongsian penyampai radio Gegar FM itu dihujani dengan ucapan tahniah dan syukur daripada pengikut serta rakan selebriti.

“Tahniah Issey. Tahniah dapat anak merdeka. Semoga menjadi anak soleh dan membesar dengan sihat hendaknya.

“Fuyoo baby (bayi) merdeka!. Lain macam anak kau Sey!. Apapun tahniah,” komen netizen.

Terdahulu, Issey, 34, dan isteri, Noor Aimi Jamel mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2019 di Kota Bharu, Kelantan.

Sebelum berkahwin dengan Issey, Aimi merupakan seorang ibu tunggal anak tiga hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham suaminya.

Tiga anak mereka ialah Muhammad Uqashah, Muhammad Qayyum dan Cataleya Humairah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI