PUTRAJAYA – Kerajaan sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang usaha dan gerakan mempromosikan ajaran sesat di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, mereka yang terbabit dalam ajaran sesat ini perlu diselamatkan segera.
“Kita kena selamatkan akidah mereka ini kerana mereka ini mungkin saudara-saudara kita sendiri.
“Apa yang boleh kita dilakukan adalah memberi kaunseling dan pendidikan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sumbangan daging lembu dan Dapur It’am Merdeka di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu ajaran Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) yang diketuai seorang wanita berusia 39 tahun yang menggunakan gelaran Sittah Annur.
Dalam pada itu, Idris meminta isu tular berhubung tindakan suami menjatuhkan talak kepada isteri kerana mengambil vaksin Covid-19 dirujuk kepada mufti.
“Sah atau tidak, itu kena tanya mufti. Ia bukan di bawah bidang kuasa saya,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929