fbpx

Greenwood lunas impian The Red Devils

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Greenwood (tengah).

WOLVERHAMPTON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui Mason Greenwood telah menyempurnakan hasrat mereka untuk meraih kemenangan kedua selepas sekadar terikat 1-1 menentang Sout­hampton minggu lalu.

Pada aksi kelmarin, Greenwood muncul wira United apabila meledak gol tunggal perlawanan ketika mereka menewaskan Wolverhampton Wanderers 1-0 di Stadium Molineux.

Beraksi di laman sendiri, Wolves berjaya mendominasi permainan dan hampir meme­cah kebuntuan, namun kehandalan penjaga gol United, David De Gea berjaya menafikan hasrat mereka untuk meraih kemena­ngan pertama musim ini selepas dua kali tewas sebelum itu.

United tidak berjaya mencipta banyak peluang pada aksi berkenaan, namun Greenwood berjaya menyempurnakan peluang terbaik kira-kira 10 minit sebelum masa sebenar perlawanan ber­akhir untuk mengumpul tiga gol setakat ini.

“Dalam saingan Liga Perdana Inggeris, banyak perkara yang anda tidak boleh jangka. Kali ini kami berjaya meraih tiga mata tanpa bolos tetapi adakalanya perkara sebaliknya berlaku,” kata Solskjaer.

Pemain Wolves, Trincao mendapat peluang terbaik selepas berjaya melepasi kawalan De Gea tetapi percubaan berjaya di­selamatkan oleh Aaron Wan Bissaka di atas garisan gol.

De Gea juga sekali lagi bertindak cemerlang menafikan dua percubaan Roman Saiss dari jarak dekat yang hampir menerjah jaring.
“Aaron menyelamatkan bola di atas garisan gol dan De Gea menyelamatkan dua percubaan berturut-turut.

“Namun, kami ada pemain baik di bahagian serangan dan Mason adalah pemain yang sa­ngat unik, dia mampu melepaskan rembatan yang baik sama ada menerusi kaki kiri atau kanan.

“Kadang-kala anda berharap untuk mendapat tuah dalam perlawanan dan hari ini kami berjaya mendapatkannya,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI