fbpx

Formasi jet pejuang gegarkan sambutan Hari Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pertunjukan udara oleh pesawat pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2021 di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan ke-64 di Dataran Pahlawan Negara di sini dihidangkan dengan aksi pertunjukan udara oleh sejumlah pesawat pengangkut dan siri demonstrasi formasi jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Segmen pertunjukan udara TUDM itu dibarisi pesawat-pesawat pejuang iaitu Sukhoi SU30MKM, F/A-18D Hornet dan Baehawk manakala pesawat angkut pula terdiri daripada Airbus A400M dan C130 Hercules.

Segmen tersebut memaparkan kebolehupayaan dan kesiagaan TUDM hasil gabungan kemahiran dan kepakaran warga TUDM khas bagi Hari Kebangsaan tahun 2021.

Acara diakhiri dengan persembahan lagu Menang Bersama ciptaan Datuk Mokhzani Ismail yang dinyanyikan oleh artis Faizal Tahir sebagai lagu tema sambutan sederhana pada kali ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI