PARIT – Digelar dengan nama Md Deka kerana dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 1957 sudah cukup membanggakan seorang pesara komando kelahiran Kampung Telok Bakong, Lambor Kanan, Bota di sini
Pegawai Waren II (B), Nor Muhammad Ahmad, 64, berkata, kerana dilahirkan pada tarikh keramat itu dia mempunyai minat mendalam untuk berkhidmat sebagai seorang tentera sejak kecil lagi.
Katanya, dia dipanggil Md Deka oleh keluarga dan penduduk kampung di Teluk Bakong hinggakan tiada yang mengenali nama sebenarnya.
“Tarikh 31 Ogos 1957 serta nama Md Deka sangat istimewa bagi saya, malah semua orang yang kenal memanggil saya Md Deka berbanding nama sebenar.
“Selepas tamat sekolah saya mengambil keputusan menyertai tentera bagi menzahirkan semangat patriotik serta cintakan tanah air pada 21 Jun 1976,” katanya. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929