fbpx

Aishah dimasukkan ke hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AISHAH dimasukkan ke Hospital Ampang, malam tadi.

PETALING JAYA – Beberapa jam selepas disahkan Covid-19, penyanyi Aishah terpaksa dikejarkan ke Hospital Ampang, Kuala Lumpur akibat sesak nafas.

Aishah sempat berkongsi berkembangan terbaharunya itu dengan memuat naik sekeping gambar memakai alat bantuan oksigen ketika menaiki ambulans.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, pengalaman mencemaskan apabila dia dibawa ke hospital menaiki ambulans.

“Adventure naik ambulans dengan siren ke Hospital Ampang,” tulisnya ringkas dalam Instagram.

Terdahulu, beberapa jam sebelum itu, Kosmo! Online telah melaporkan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan di rumahnya semalam.

Aishah membuat ujian calitan tersebut selepas dia mempunyai gejala demam panas dan semput.

“Covid positif, tolong doakan kami,” tulisnya ringkas dalam Instagram semalam.

Tambah Aishah yang kelihatan mengah dan agak lemah dalam sebjuah video yang dimuat naik dalam Instagram ketika membuat ujian calitan itu, dia tidak dapat menjawab segala panggilan telefon buat masa ini kerana tahap oksigennya yang tidak berada di paras normal.

“Saya memang sudah ada penyakit asma dan sekarang mempunyai gejala seperti demam panas dan semput. Doakan saya supaya kuat dan cepat sembuh,” mohon Aishah semalam.

Dalam pada itu, suaminya disahkan negatif manakala, dua anak lelakinya Armand Azhari, 28, dan Azhad Ahlami, 23, masih menunggu keputusan ujian calitan yang dijangka keluar pada hari ini . – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI